PENGENALAN
PENGENALAN
Islam adalah agama yang amat memetingkan budaya ilmu dan menyeru umatnya agar menjauhi lembah kejahilan. Antara jalan utama yang menggalakkan budaya ilmu dan menghindarkan umat daripada lembah kejahilanialah melalui pendidikan amat dituntut dalam Islam dengan syarat ilmu-ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syariat. Berdasarkan keterangan-keterangan daripada al-Quran dan hadis, dapat disimpulkan bahawa Islam memandang positif terhadap ilmu sains yang memberi pelbagai faedah dan banyak membantu dan memudahkan urusan hidup manusia. Melihat kepada pandangan Islam terhadap ilmu sains, maka tidak hairanlah sebahagian sarjana Muslim seperti al-Ghazali (1992: 1/27) berpendapat bahawa hokum mempelajari ilmu sains seprti perubatan dan matematik adalah fardu kifayah. Hal ini demikian kerana mempelajari ilmu perubatan adalahpenting untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Untuk membuktikan sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan, saintis-saintis Islam akan membuat sesuatu kajian saintifik berpandukan al-Quran. Ini kerana kandungan di dalam al-Quran merangkumi pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Al-Quran turut menyentuh beberapa tema saintifik di dalamnya seperti biologi, astronomi, meteorologi, botani, zoologi, dan kosmologi, walaupun tema utama al-Quran adalah mengenai ciptaan Allah. Namun, menurut Hairun Harun (1992:7), terutamanya dalam tradisi sains tamadun awal terutamanya tamadun Islam, kaedah emporikal dan matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian kaedah yang digunakan. Metodologi sains juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostic atau kashf sebagai tergolong dalam metodologi saintifik. Kaedah-kaedah ini pernah diamalkan oleh tokoh sains Islam yang terkenal. Misalnya, Ibn Sina dilaporkan pernah beriktikaf atau bertafakkur di dalam masjid untuk mencari ilham bagi menyelesaikan sesuatu masalah sains apabila beliau gagal menyelesaikannya dengan cara biasa (kajian saintifik). Maka apakah definisi saintis dalam Islam? Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang bergelar saintis? Siapakah antara tokoh-tokoh saintis terdahulu? Mari kita kupas satu persatu mengenai ciri-ciri saintis dalam Islam dan beberapa contoh saintis yang masyur sehingga kini.
Comments
Post a Comment