TOKOH-TOKOH AHLI SAINS DALAM ISLAM
TOKOH TOKOH AHLI SAINS DALAM ISLAM
-IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN SULUNG-
v Saintis islam yang ideal ialah Ibnu Khaldun. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
v Beliau dilahirkan di Tunisia pada tahun 732 Hijrah (1332M) .
v Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun 749 Hijrah , beliau berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada,Bougie dan Mesir. Ibnu Khaldun meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 808H (1406M) ketika berusia 87 tahun.
v Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu.
v Beliau bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. Seterusnya, beliau seorang yang berijiwa pemimpin. Beliau pernah menjawat jawatan penting seperti Ketua Hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bougie. Semua jawatan ini diberikan kerana kecekapannya dalam pentadbiran serta keupayaannya mengemukakan idea-idea untuk kemajuan negara.
-Ibnu sina bapa perubatan dunia-
v Nama sebenar beliau ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di Barat.
v Beliau dilahirkan pada tahun 370 Hijrah (980M) di Afsyanah, Bukhara, Turkistan.
v Beliau berasal daripada keturunan Turki.
v Selain itu, beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan dan meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan
.
v Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
v Beliau juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
v Disamping itu, beliau seorang yang pintar contohnya beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika berusia 18 tahun.
v Akhir sekali, beliau seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.
-TOKOH ALI ABU HASSAN IBN AL-HAITHAM-
v Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.
v Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.
v Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
v Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq
.
v Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.
v Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.
v Di kota Basrah dan Baghdad beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
v Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi.
v Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.
v Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.
v Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.
v Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.
v Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya.
-ABU BAKAR MUHAMMAD BIN ZAKARIA AL-RAZI -
vDalam bahasa Parsi, Razi bermaksud “dari Bandar Ray”, sebuah Bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiran Tehran, Iran. Beliau telah membuat banyak kebaikan dan banyak pencapaian yang diperolehi beliau di Bandar ini. Beliau merupakan anak kelahiran bumi Iran dan merupakan seorang tokoh yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah.
vPada awal kehidupan beliau, beliau merupakan seorang tukang emas. Malahan, beliau juga merupakan seorang pemain gambus(rebab, rebana) sambil menyanyi. Beliau telah meninggalkan pekerjaan beliau dan mempelajari bidang perubatan dan falsah kemudiannya. Menurut Profesor Abdel- Reheem Ead, Profesor Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo, “ Al-Razi mulai mempelajari ilmu perubatan setelah membuat lawatan pertama ke Baghdad, apabila beliau berusia 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal, Ali ibn Sahl, seorang Yahudi yang memasuki Islam, tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang terkenal. Beliau menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan bidang tersebut sehinggakan beliau dengan pantas melepasi gurunya, dan menulis tidak kurang daripada seratus buah buku perubatan”. Beliau telah mempelajari ilmu perubatan melalui gurunya iaitu Ali ibn Rabban At-Tabbari dan juga ilmu falsafah dari al-Balkhi. Dalam masa yang sama, beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera dan kimia.
vAl-Razi telah menjadi sebagai seorang ahli perubatan yang terkenal pada abad pertengahan. Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi telah diberi kepercayaan untuk memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun. Beliau telah diberi mandat sebagai pengarah di Hospital Ray. Pada masa yang sama, al-Razi juga telah menulis buku yang bertajuk al-Tibb al-Mansur. Kitab al-Tibb al-Mansur ini telah dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad. Kemudian, beliau telah berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi, yang berkuasa pada waktu itu.
v Semasa di Baghdad, al-Razi telah memegang jawatan sebagai ketua pengarah di Hospital Baghdad. Kemasyhuran al-Razi sebagai ahli perubatan bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga masyhur di barat; sehinggakan beliau digelar The Arabic Galen/Jalinus Arab/Galen of the Arab. Beliau telah diberi dengan gelaran tersebut kerana ketokohannya sebagai pengarah di Hospital Baghdad. Beliau juga diberikan gelaran tersebut kerana telah menghasilkan lebih 200 buah buku atau karya yang terdiri dalam pelbagai bidang termasuklah perubatan, kimia, falsafah dan lain-lain lagi. 140 buah buku daripadanya merupakan buku yang berkait dengan bidang perubatan.
v Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi telah kembali ke Ray. Beliau dikatakan telah kembali ke Ray di mana beliau mempunyai ramai pelajar dengannya. Pada ketika itu, al-Razi bergelar Sheikh iaitu gelaran bagi seseorang yang berhak dan boleh mengajar orang lain).
vAl-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani Kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak bersetuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.
vPara sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana al-Razi menderita penyakit tersebut berikutan ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak. Oleh itu, beliau telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau dengan menjadi buta kerana enggan menerima rawatan.
-- ABU AL- QASIM AL-ZAHRAWI LEGASI BAPA PEMBEDAHAN MODEN -
v Nama sebenar Al-Zahrawi adalah Abu Al-Qasim Khalaf Bin Abbas Al Zahrawi. Di barat beliau dikenali sebagai Abulcasis.
v Dilahirkan sekitar tahun 936 hingga 940 di Bandar Di Raja Zahrah, berdekatan Cordoba, Andalusia (Sepanyol).
v Beliau mendapat pendidikan di Cordoba dan telah mengamalkan professionnya di Bandar Al Zahrah sebagai saorang pengamal perubatan, pakar bedah dan ahli farmasi.
v Beliau berketurunan puak ansar arab yang telah lama menetap di Sepanyol.
v Ketokohan Al-Zahrawi sebagai pakar perubatan moden dan terkemuka telah tersohor di Negara Sepanyol, Afrika Utara, Kerajaan Islam Timur dan di Eropah Barat. Ketokohannya ini telah menyebabkan Raja Sepanyol ketika itu King Al-Ahkam II telah melantik beliau menjadi doktor peribadi baginda.
v Sepanjang hayat beliau dihabiskan di kawasan kediamannya dan tidak banyak mengembara. Walaubagaimanapun beliau mendapat pengalaman luas merawat mangsa kemalangan dan yang mengalami kecederaan ketika peperangan.
v Akhir sekali, beliau meninggal dunia pada tahun 1013 masihi.
Comments
Post a Comment